Jika engkau semulia akhlak Rasulullah SAW… daku kan usaha seindah peribadi Khadijah.Ramai wanita mahu mengaku ‘First Lady’…Membawa maksud akan amat istimewanya dia disisi seseorang!Umpamanya seperti Michelle LaVaughn Robinson Obama, adalah wanita pertama keturunan Afrikana-Amerika yang pertama menjadi First Lady of United State.
Menjadi kebanggaan orang berkulit hitam yang bermastatutin di dunia Amerika mahupun jalur benua terperosok Afrika. Hadir menemani suami tercinta di persada politik rumah putih USA.Tapi bagi para muslimah, Michelle Obama bukanlah contoh terbaik untuk kita. Anda punya teladan yang lebih mulia lagi istimewa!‘First Lady Ummah’ yaitu Saidatina Khadijah Radhiallhu’anha!Beliau serta para isteri Rosulullah SAW yang lain, membawa peranan sebagai ‘Ummul Mukminin’. Istilah nama yang lebih mulia dari panggilan ‘First Lady’. Ummul Mukminin—Ibu segala orang Mukmin samada lelaki maupun wanita.Khadijah RAH bukan hanya istimewa di mata Rosullullah SAW yaitu suaminya yang tercinta tetapi bahkan seluruh ummah ini yaitu Umat Islam sejak dari zaman para sahabat hinggalah ke hari Akhirat.
Namanya akan senantiasa disebut-sebut dan dikenang sebagai contoh ikutan serta suri tauladan yang sepatutnya bagi para wanita muslimah yang bergelar isteri maupun ibu.Mahu meraih gelaran seperti Saidatina Khadijah?Istimewanya Khadijah bukan karena harta simpanannya yang berkarung banyaknya. Atau karena keturunan bangsawan yang dimilikinya, tetapi istimewanya adalah karena ‘khidmat cemerlangnya’ sebagai seorang isteri kepada lelaki paling mulia di dunia ini yaitu Rosulullah SAW!Amat jauh berbeda dengan wanita-wanita yang kononnya dewasa ini memegang gelaran sebagai ‘first lady’.. Jika kita tenung dan renung, mereka digelar ‘first lady’ hanya-sanya kerana menjadi isteri kepada seseorang yang berharta, berkuasa ataupun punya nama semata-mata!Sedangkan Rosulullah SAW?Lelaki mulia yang tidurnya pada pelepah kurma.
Berselimutkan kulit kambing yang apabila ditarik ke atas terbukalah kaki baginda dan bila ditarik ke bawah maka terlihatlah bagian atas badan Rosulullah SAW yang mulia… Betapa tidak berhartanya suami kepada Khadijah Radhiallahu ‘anha!Ibn Abbas menceritakan tentang Saidatina Khadijah. Diriwayatkan pada suatu hari Rosulullah SAW membuat garis di atas tanah, baginda pun kemudian bertanya kepada para sahabat: “Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat menjawab: “Alloh dan Rosul-Nya yang lebih mengetahui.” Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang yaitu Maryam Binti Imran, Asiah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.”Hadirnya sang khadijah sebagai pelengkap kepada ‘Bahtera Dakwah’ Rosulullah SAW.
Sepanjang hidup bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia setiap masa menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rosulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda.Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rosulullah pulang.Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau coba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan.
Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam sekecil-kecil perkara kegiatan peribadatan Rosulullah, Khadijah RAH pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wudhu’ sekalipun.Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekedar kecintaan ‘biasa’ kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan ‘luar biasa’ terhadap keesaan serta janji Alloh SWT.Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keridhaan Alloh. Alloh Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Di dunia pun Allah dah berikan ‘anugerah’ ummul mukminin dan Rodhiallahu ‘anha kepadanya…Saidatina Aisyah pernah menceritakan betapa cemburunya beliau kepada Saidatina Khadijah.
Direkodkan dalam sebuah hadist yang panjang di bawah ini:“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rosulullah SAW sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rosulullah SAW selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.Pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”.Lalu Rosulullah SAW menyebut,Tidak! Demi Allah ! Dia (Alloh) tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku.
Khadijah membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengaruniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain”—Hadis Riwayat Imam Ahmad, Sila rujuk Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar... Waallohu A'lam bhisowaab..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar